Update INI BERITA ADA UDANG DISEBALIK BATU >> Berita Malay 18

  INGATKAN PANDAI BUAT ISU, TAPI BANGANG !

Bukan udang tapi ada yang menyorok disebalik batu ? 

ATAU

A Kadir menjadi peluru ?

SEBELUM BERITA INI:

Jangan calar institusi Raja-raja Melayu: Pas


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Apa sahaja pertikaian politik, Pas tetap meminta semua pihak agar menghormati institusi Raja-raja Melayu yang sekian lama menjadi naungan rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekian lama institusi Raja-raja menjadi  payung negara menaungi rakyat melangkaui agama, bahasa dan fahaman politik yang bebas daripada sentimen dan pengaruh tertentu.

 -Pak Karamu-

 

Kenyataan A Kadir berbaur hasutan?

AddThis Sharing Buttons

Annuar Musa
Annuar Musa
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Datuk A Kadir Jasin yang membangkitkan isu kontrak sosial antara raja dan rakyat disifatkan berbaur ugutan serta hasutan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, A Kadir tidak seharusnya berkata sedemikian kerana beliau adalah Ketua Media dan Komunikasi CEP, satu badan sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baharu, malah dilihat lebih berpengaruh dan tinggi dari Kabinet.

“Kenyataan A Kadir dilihat sebagai isyarat dan amaran kepada Raja-Raja Melayu apabila beliau secara terang-terangan membangkitkan isu kontrak sosial antara raja dan rakyat, lebih tepat lagi ianya berbaur hasutan.

“A Kadir sepatutnya menghormati penjelasan dibuat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja Melayu yang mengeluarkan kenyataan isu yang dibangkitkan pihak tertentu, yang disentuh beliau di awal para tulisannya,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Soal Annuar, apakah ini satu isyarat bahawa pentadbiran baharu sedang bergerak ke arah reformasi institusi raja dan cuba meminda Perlembagaan seperti pernah dilakukan pada awal 90-an yang telah menyeret kita dalam pertembungan raja dan rakyat?

“Namun perlu kita peringatkan A Kadir, bahawa rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan membiarkan peristiwa 90-an berulang.

“Kita juga harap kerajaan jangan cuba bertindak keterlaluan terutama dalam percubaan yang boleh disifatkan menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan paling penting Perlembagaan itu sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sebarang usaha meminda Perlembagaan seperti yang cuba dibayangkan oleh A Kadir akan ditentang habis-habisan.

Annuar mendakwa, tulisan A Kadir yang mengungkit kemewahan pihak Istana, pembiayaan oleh rakyat dan sebagainya jelas untuk menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi raja.

“Malah sebutan oleh A Kadir bahawa raja tidak kekal boleh disifatkan sebagai percubaan mengugut dan menggugat kedudukan dan kemuliaan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Apakah ini suara A Kadir atau suara CEP atau suara orang berkuasa lain? Apakah A Kadir merasakan beliau kebal dan dilindungi untuk mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya Kadir dan CEP menumpukan usaha menunaikan segala janji 100 hari pertama Pakatan Harapan yang belum ditunaikan.

“Rakyat sedang menunggu dengan sabar penghapusan cukai GST (bukan sifar GST), penghapusan tol, penstabilan harga minyak pada RM1.50/liter, pendidikan percuma, penurunan harga dan lain-lain harapan rakyat dan bukannya ugutan terhadap institusi raja atau percubaan meminda perlembagaan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: