KUALA LUMPUR 26 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi bantuan Aidilfitri kepada semua penjawat awam di setiap peringkat.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bantuan tersebut pada nilai melebihi RM500.
“CUEPACS berharap kerajaan dapat memberikan bantuan Aidilfitri kepada semua penjawat awam di setiap peringkat tanpa ada perbezaan mengikut perjawatan. Selagi seseorang itu penjawat awam, dia layak untuk mendapat bantuan tersebut, jangan membezakanlah.
“Kami di CUEPACS juga berharap pembayaran bantuan Aidilfitri tersebut dapat dilakukan secepat mungkin. Penjawat awam terutamanya yang bergaji rendah amat mengharapkan bantuan itu kerana baki gaji mereka memang tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan bantuan tersebut bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, menurut Azih, jumlah RM500 itu adalah seperti yang diputuskan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan para penjawat awam amat mengharapkan pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat memberi bantuan itu pada nilai yang lebih tinggi.
Menurut beliau, CUEPACS juga berharap kerajaan PH meneruskan pemberian Bayaran Khas Aidilfitri yang diluluskan dalam Bajet 2018.
“Kami di CUEPACS sebelum ini dihujani pertanyaan bertubi-tubi daripada penjawat awam, jadi kenyataan Guan Eng bahawa kerajaan akan mempertimbangkan bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam merupakan satu kelegaan buat kami.
“Jumlah bantuan sebanyak RM500 bagi kami adalah jumlah yang memadai, cuma jika Dr. Mahathir ingin memberi lebih pun bagus juga. Kami yakin perkara ini mungkin boleh berubah dan mungkin juga boleh lebih tapi saya rasa tidak kurang daripada RM500,” katanya.

loading...