Update Kenyataan Media Petugas Khas 1MDB: Kerjasama Dengan Singapura Bawa Pulang Sejumlah Wang >> Berita Malay 18


KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB SINGAPURA
Pada 31 Mei 2018 jam 9.30 pagi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, Ahli Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia telah mengadakan mesyuarat dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB Singapura. Mesyuarat hari ini telah bersetuju agar kedua-dua pihak bekerjasama bagi membawa pulang sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia yang dipercayai telah diseleweng daripada 1MDB.
Kerjasama antara kedua-dua pihak juga bertujuan bagi mengumpul bahan bukti serta mengesan saksi-saksi di Singapura secepat mungkin.
Selain itu, pasukan ini juga akan melakukan money trail bagi mengesan wang serta aset-aset yang masih wujud.
Mesyuarat hari ini telah dihadiri oleh sembilan pegawai kanan pasukan siasatan Singapura terdiri daripada wakil Pejabat Peguam Negara Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, Autoriti Kewangan Singapura (MAS) manakala pihak Malaysia diwakili oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR
31 MEI 2018
PUTRAJAYA



Subscribe to receive free email updates: