Update Ku Li: PAS Hilang Kekuatan TANPA Tok Guru Nik Aziz >> Berita Malay 18


GUA MUSANG - Ketiadaan bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kesan teruk kepada perjuangan Pas sehingga berlaku perpecahan sesama anggota  parti itu pada PRU14, 9 Mei ini.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Pas dilihat semakin hilang kekuatan untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai sejak 28 tahun lalu.

“Ini adalah peluang besar bagi BN untuk merampas semula pemerintahan kerajaan negeri. Bagaimanapun jentera BN bersama calon yang bertanding sama ada calon Parlimen atau Dun perlu bekerja kuat bagi menarik sokongan pengundi,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Semarak Kasih Seraut Sayang bersama peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini, malam tadi, Razaleigh berkata BN bersedia untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat supaya mereka tidak lagi berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan.

“Mereka telah mengadu kepada saya dan pemimpin lain, kalau boleh mereka ingin bekerja di negeri sendiri, dan saya harap rakyat Kelantan melakukan perubahan itu dengan menyokong calon BN pada PRU ini,” katanya.

Beliau berkata mereka perlu berfikir secara positif kerana Manifesto BN turut memberi keutamaan bagi menaik taraf kemudahan bekalan air di Kelantan berikutan selama ini Pas gagal berbuat demikian. - Bernama

Subscribe to receive free email updates: