Jabatan Perhutanan Pahang hari ini menolak dakwaan aktiviti pembalakan sebagai punca pencemaran kolam tadahan air di Bukit Segantang di Sungai Lembing di sini.
Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, aktiviti pembalakan masih belum dilakukan di kawasan berhampiran kolam tadahan air itu yang didakwa menjadi sumber bekalan air kepada kira-kira 100 penduduk di Kampung Kuala Kenau, di sini.
Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan itu yang merupakan tanah kerajaan dan berstatus bukan hutan dara melibatkan kawasan seluas 25 hektar yang dibahagikan kepada dua blok.
"Peratus status kerja semasa ialah 15 peratus dan melibatkan blok A sahaja. Kawasan tadahan air yang dimaksudkan berada di blok B dan setakat ini masih belum diusahakan.
"Pihak kami juga telah menjalankan pemeriksaan di lapangan pada 5 petang semalam dan mendapati kolam tadahan tersebut masih jernih, tidak langsung keruh dan masih digunakan sebahagian penduduk kampung," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Related Posts :
Update [Video Ibu Bapa Kini Terpaksa Tanggung Kos Sara Hidup Anak Muda Melayu] Tiga penjuru keranda buat Pas Kelantan. >> Berita Malay 18Rabu, 20 Disember 2017
Kenyataan mesra Umno dan gambar-gambar Hj Hadi sedondon dengan Najib mula menjadikan ramai pengikutnya menjadi rima… Read More...
Update Guru dibimbangi hilang semangat disiplinkan pelajar >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Isu guru lelaki didakwa kerana menampar muridnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai pada April lalu, mencetuska… Read More...
Update Pencabul LRT Akhirnya Ditangkap >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berjaya di tahan oleh pihak polis di percayai terlibat dalam beberapa kes cabul di sekitar Stesen Transit A… Read More...
Update [Video LAGI PENDEDAHAN Pejuang Umno Manjoi KELUAR Umno] Hidup susah, mati pun susah, mau sembahyang pun susah & TAHNIAH! 'Bapa Jual Aset Negara', Dulu Milik Malaysia Sekarang Milik China Komunis. >> Berita Malay 18Rabu, 20 Disember 2017
TAHNIAH "Bapa Jual Aset Negara", Dulu Milik Malaysia Sekarang Milik China
CELAH GELEGAR - blogger
‘Hidup susah, … Read More...
Update Percaya Isteri Tiada Dara, Suami Bunuh Isteri >> Berita Malay 18
LONDON - Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar leher isterinya hingga maut hanya kerana dia dikatakan ditipu oleh isterinya bahawa… Read More...