Update Mat Sabu tidak akan ambil lebih >> Berita Malay 18

Sinar, 28/5/18

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tampil membersihkan berita tular yang tidak benar mengenai dirinya.
Mohamad yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu menegaskan bahawa beliau akan menggunakan hak yang  diterima sebagai seorang menteri namun tidak pula akan mengambil lebih daripada itu.

“Baru-baru ini banyak tersebar dan menjadi tular perkara-perkara yang tidak benar mengenai diri saya, pertama tersebar dan tular gambar kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak saya dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.

“Kedua tersebar dan tular juga gambar kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berbuka puasa di rumah saya sedangkan gambar tersebut merupakan gambar lama ketika kedua-dua tokoh tersebut makan malam di rumah saya tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Mat Sabu mendedahkan wujud mesj tular di laman aplikasi WhatsApp kononnya meminta derma untuk “Tabung Kereta Baharu Mat Sabu”.
Beliau mengingatkan bahawa, tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunakan namanya tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran.

Hal demikian, pada masa akan datang, segala berita mengenai beliau  hanya akan dikeluarkan melalui kenyataan rasmi atau akaun media sosial rasmi miliknya seperti Facebook, Mohamad Sabu Menteri Pertahanan Malaysia, Twitter, @MSabu_Official dan Instagram: msabu_official.

Subscribe to receive free email updates: