Update NI ANAAK PAK YUSUF RAWA BUAT TUDUHAN ? >> Berita Malay 18

YANG BERKAITAN JANGAN JADI BISU, KORANG KENA JAWAB !
 
MAJLIS RAJA-RAJA KENA BAGI PANDANGAN,
 
JAKIM JANGAN TUTUP MULUT DAN JANGAN BISU ! JAWAB !!!
 
PAS WAJIB JAWAB SEOLAH-OLAH PAS MEMAINKAN ISLAM KERANA POLITIK ?
 
KERAJAAN BN JUGA JANGAN TUTUP MULUT DAN JANGAN JADI BISU, JAWAB !!!
 
NI ANAK YUSUP RAWA DAH MEMBEBEL NI !!!
 
RAKYAT HENDAH DENGAR APA HANGPA NAK JAWAB !
 
-Pak Karamu- 
 

Jakim: Kembalikan peranan Majlis Raja-Raja

AddThis Sharing Buttons

Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Majlis Raja- Raja perlu dikembalikan peranan dan kepentingannya terhadap Islam.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, Majlis Raja- Raja sebagai institusi tiada kepentingan politik boleh berperanan dalam 'de-politicising' Islam bagi kepentingan politik dan bangsa.

“Ia satu kenyataan penting bagi membebaskan Islam dari dieksploitasi untuk alat politik dan radikalisasi,” katanya.

Menurutnya, apabila isu Jakim diperkatakan, rakyat tidak melihat gambaran lebih jelas hasrat kerajaan untuk membebaskannya daripada menjadi tunggangan pihak berkepentingan sama ada politik, pengganas mahupun agamawan.

“Bukan isu Jakim dihapuskan atau tidak, ia usaha kerajaan untuk mengembalikan semangat dan amalan bahawa Islam menjangkau semua kepentingan politik.

“Untuk memulakan proses itu ia perlu dikembalikan kepada kuasa Raja-raja, barulah usaha reformasi pentadbiran Islam dapat berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, amat membimbangkan,  institusi Islam dipolitikkan bagi tujuan persaingan untuk membuktikan siapa yang lebih Islamik.

“Institusi Islam juga menjadi platform doktrinasi permusuhan antara kaum dan agama melalui teori konspirasi yang tidak berbukti.

“Siapa yang berani pertikaikann kerana mereka ‘mewakili Islam?” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, institusi Islam sepatutnya mendekatkan hubungan antara agama seperti diperintahkan bukan menanam bibit kebencian.

“Isu RUU 355 sebagai contoh adalah taktik politik semata-mata untuk meraih sokongan politik sehingga ramai yang jadi ‘kafir’ ‘anti-Islam’ ‘liberal’.

“Kerajaan BN terdahulu membiarkan penunggang agama berleluasa tanpa kawalan malah mereka mengambil kesempatan untuk membuktikan keislamannya dalam isu ini,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: