Update PAS MENANG SAMAN TERHADAP SARAWAK REPORT >> Berita Malay 18

HA, HA, HA, HA BUAT LA FITNAH LAGI !!!
 
MULUT BUSUK BUAT FITNAH, APA LAGI ? TERUSKAN FITNAH !!!
90 JUTA !!!
 
-Pak Karamu-

 Menang saman 'pukulan' maut Pas buat pemfitnah

AddThis Sharing Buttons

Idris Ahmad
Idris Ahmad
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pas menganggap pihaknya mendapat kemenangan moral susulan memenangi kes saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, semalam.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, kemenangan itu juga memberi 'pukulan maut' kepada pihak-pihak yang memfitnah parti berkenaan.

"Sudah tentu ia memberi satu kemenangan moral buat Pas...dan ia juga sebagai satu petanda untuk kita bahawa keputusan itu memberi satu pukulan maut pusingan awal, kepada pemfitnah Pas yang tuduh dan bawa cerita ini kepada Sarawak Report," katanya kepada Sinar Harian.

Lewat malam tadi Sinar Harian melaporkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Menerusi catatan di Facebooknya, peguam mewakili Pas dalam kes itu,  Wan Rohimi Wan Daud kini berada di United Kingdom untuk mengikuti kes berkenaan di Mahkamah Tinggi London, berkata Hadi  menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791).


Mengulas lanjut, Idris berkata, perkembangan terbaharu ini menunjukkan bahawa kredibiliti Sarawak Report sudah jatuh.

"Mereka nampak lemah, apabila mendapat maklumat picisan daripada orang yang tidak sepatutnya, seharusnya mereka mendapat maklumat yang jelas," katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata keputusan ini juga bakal memberi imej positif dan memberi satu reputasi baik buat Pas.

"Jadi kita (Pas) lebih bersemangat," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini, memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Subscribe to receive free email updates: