Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan potongan 10% terhadap gaji Mnteri barisan kabinet beliau. Mari kita lihat bagaimana pemotongan ini dapat memberi impak kepada negara dan rakyat Malaysia; dengan menggunakan Matematik mudah:
1) Anggaran gaji pokok menteri :
RM20,000 sebulan
2) Anggaran jumlah menteri dan timbalan menteri Malaysia :
60 orang
3) Kiraan jumlah perbelanjaan untuk gaji menteri :
RM20,000 x 60org = RM1,200,000 sebulan
4) Kiraan 10% penolakaan gaji menteri :
RM1.2juta x 10% = RM120,000 sebulan
5) Kiraan setahun :
RM120k x 12bulan = RM1,440,000 setahun
Maknanya, kerajaan Malaysia telah menjimatkan penggunaan duit negara sebanyak RM1.44 juta setahun.. Tahniah PM!!
Sekarang mari kita kira pula manfaatnya pada rakyat pula dengan menggunakan Matematik mudah juga:
1) Anggaran jumlah penduduk Malaysia :
30 juta orang
2) Sekiranya pemotongan gaji menteri itu diagih kepada semua rakyat Malaysia :
RM1.44 juta ÷ 30 juta orang = RM0.048 seorang
Alhamdulillah. Dengan adanya penolakkan gaji menteri ini, pendapatan tahunan rakyat akan meningkat sebanyak 0.048 sen setahun.
Terima kasih Perdana Menteri.