
Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan portfolio kesemua lapan Ahli Exco yang mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 15 Mei lalu.
Senarai portfolio berkenaan diedarkan oleh Pejabat Menteri Besar kepada petugas media termasuk menerusi aplikasi WhatsApp semasa beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco buat kali pertama selepas pembentukan kembali kerajaan negeri di Cameron Highlands, hari ini.
Dalam pesanan itu, Wan Rosdy memegang empat jawatankuasa, bagaimanapun namun akan melepaskan dua daripadanya jika berlaku pelantikan dua Exco lagi memandangkan Perlembagaan negeri membenarkan 10 Exco dilantik.
Berikut adalah senarai portfolio Menteri Besar dan barisan Exco Pahang:
Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar)
- Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
- Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Bioteknologi
Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin
- Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga
Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad
- Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan
Dato' Sri Norol Azali Sulaiman
- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi
Dato' Sri Mohd Johari Husin
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan
Dato' Nazri Ngah
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna
Dato' Mohd. Fakharuddin Mohd. Arif
- Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia
Abdul Rahim Muda
- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan