Update [Video Bertindak ganas...lelaki ditolak kerana buang bendera PKR] Insiden kekasaran cemari kempen di Johor >> Berita Malay 18

Selasa, 1 Mei 2018


Insiden kekasaran cemari kempen di Johor


Seorang lelaki, yang berpakaian baju BN, ditolak jatuh pentas oleh seorang individu dipercayai penyokong Pakatan Harapan di Yong Peng, Johor sebentar tadi.
Kekecohan itu berlaku selepas lelaki warga emas itu Tan Hong Hi, dipercayai dalam lingkungan 70-an, membuang bendera PKR daripada tempat MCA berceramah.
Beberapa video insiden itu kini beredar di media sosial.
Insiden itu dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ.

China Press melaporkan mangsa kekasaran itu dibawa ke klinik oleh penyokong MCA dan laporan polis berkaitannya dibuat.

Sementara itu, Pengerusi MCA Ayer Hitam Ling Tian Soon mendakwa penyokong HARAPAN memasang bendera PKR ketika MCA sedang mengadakan program hari keluarga.
“Orang tua itu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Kami akan lapor polis,” katanya yang juga calon BN Yong Peng, seperti dilaporkan China Press.
Sementara itu, calon HARAPAN di kerusi itu Chew Peck Choo dalam kenyataan sebentar tadi berkata semua pihak boleh memasang bendera di kawasan ceramah itu kerana ia bukan tanah persendirian.
Bagaimanapun, katanya, beliau sedih dengan apa yang berlaku dan menyeru kedua-dua pihak bertenang.
“Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang siasatan dan mendesak semua pihak menjaga kelakuan masing-masing,” katanya.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: