Update [Video Daim: Pangkah mata, sebab dacing tipu] Najib kian terdesak! Rais Yatim dah berkempen di Jelebu, Rafidah meminta rakyat menyokong PH, Daim juga dah berkempen di Selangor dan Kedah...Mereka yakin kebangkitan rakyat akan menghumbankan UmnoBN & 'Omar-Abduh' Islam ajar adik hormat abang >> Berita Malay 18

Rabu, 2 Mei 2017

DS Najib kian terdesak. Bahtera BN kian ditinggalkan.TS Rais Yatim dah berkempen di Jelebu. TS Rafidah meminta rakyat menyokong PH. Terkini Tun Daim berkempen di Selangor dan Kedah. Tun Daim diketahui amat strategik. Beliau menyokong kerana yakin PH akan menang. Kami yakin kebangkitan rakyat akan menghumbankan UMNO BN.
Foto Anwar Ibrahim.
Tumpang sekole

Nik Omar: Islam ajar adik hormat abang


Anak kedua bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menegaskan sepatutnya Nik Mohamad Abduh menghotmatinya sebagai abang.
Kata calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dewan undangan negeri (DUN) Chempaka itu, dalam Islam juga diajar seseorang abang wajib sayang kepada adiknya.
"Walaupun adik buat masalah. Dan dalam Islam diajar seorang adik patut tahu cara menghormati abang dia," katanya ketika ditanya mengenai hubungan dengan keluarga selepas menyertai HARAPAN sekali gus tidak lagi bersama perjuangan adiknya, Nik Mohamad Abduh yang masih di dalam parti PAS.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program ceramah di Bilik Operasi HARAPAN DUN Kadok, Kota Bharu, malam ini.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: