Update [Video Daim sokong Dr M untuk ‘masa depan lebih baik’ & Tsunami HARAPAN Landa Kuantan Pahang] Muhyidin-Selain Najib siapa lagi yang tak boleh tidur sekarang? SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN. >> Berita Malay 18

Khais, 3 Mei 2018


Foto Rafizi Ramli.
Bukan untuk kami, bukan untuk jawatan

Kami bergabung untuk bangsa dan negara

Hanyalah ini yang mempunyai makna

Di Negara kami demokrasi tidak lagi bernyawa

Segala asasnya sudah dimusnah sehingga kekerangka

Perlembagaan, Undang-undang tidak lagi melindung sesiapa

Sebaliknya semua ini menekan rakyat jelata

Rakyat mengeluh kerana hidup merana

Parti-parti bersendirian tidak dapat buat apa-apa

Tetapi gabungan mereka lain cerita

Yang lemah tiba-tiba menjadi juara

Harapan rakyat sekarang sudah muncul

Sokongan rakyat menjamin kejayaan

Ketengahkan semangat hapuskan yang bacul

Yakinlah gabungan yang disokong tetap berkesan

Oleh itu tolonglah kami untuk menolong kamu

Kerana akhirnya nikmat usaha ini adalah untuk semua

Kamu untuk kami, kami untuk kamu

Untuk bangsa, agama dan negara.

SOKONGLAH PAKATAN HARAPAN!

SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN


Apabila hati kita menyukai seseorang, walaupun berkali-kali dinafikan oleh mulut, biasanya petunjuk daripada kata hati itu tetap akan terserlah akhirnya.

Begitu juga dengan Pas, meskipun selalu menyatakan mereka tidak menyokong UMNO dan BN, kebenaran yang datang daripada hati kecil Hadi Awang ternyata semakin sukar dinafikan.

Tidakkah kenyataan Hadi yang menyatakan Malaysia akan ke belakang jika pembangkang memerintah negara ini merupakan sokongan terbuka dan terang-terangan Pas terhadap BN?

Malah, ia dengan sendirinya menunjukkan Pas dan Gagasan Sejahtera yang merupakan pembangkang juga sebenarnya - sama seperti Pakatan Harapan -  tidak bermaksud sama sekali untuk memenangi pilihanraya dan mentadbir negara.

Sebaliknya, Pas dengan sendiri mengesahkan ia bertanding hanyalah untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta mengelakkan Pakatan Harapan daripada berkuasa.

Jika tidak menyokong UMNO dan BN, apakah lagi maksudnya apabila Hadi menyatakan negara akan ke belakang jika pembangkang memenangi pilihanraya dan dapat mentadbir negara?

Semakin dekat tarikh pengundian, wajah sebenar Pas nampaknya semakin terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi.

Cuma, kesian dengan penyokong-penyokong Pas di kampung-kampung dan pedalaman yang selama ini dibuai dengan janji syurga serta pahala dengan tindakan mengajak mereka memusuhi UMNO dan BN sehingga ke hujung nyawa.

Rupa-rupanya, di hati para pemimpin Pas sekarang, syurga yang sebenar ialah bila mereka dapat berbaik dengan UMNO dan BN, bukannya di alam akhirat nanti. (ShahbudinHusin 03/05/2018).

Subscribe to receive free email updates: