Update [Video Himpunan Pakatan Harapan Dan Warisan & Syafie Apdal~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat SABAH] Kalau padam lampu, suluh tepat muka pegawai SPR. >> Berita Malay 18

Ahad, 6 Mei 2018

Kalau padam lampu, suluh tepat muka pegawai SPR

Mohamad Sabu di Kamunting ingatkan PACA sentiasa waspada.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu mengingatkan pentingnya petugas Ejen Tempat Undi dan Ejen Kira Undi (Polling Agent dan Counting Agent – PACA) berfungsi pada tahap maksimum bagi mengawasi proses undi pada 9 Mei ini.
Beliau berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak dengan apa cara sekali pun bagi memastikan BN tidak terjejas walau ada antara mereka yang mahu proses pilihan raya berlangsung secara adil.
“Paling penting saya mahu ingatkan PACA. Kena kuat betul-betul kali ini. Sebab SPR ini macam mana pun cari jalan. Kalau boleh dia mahu selamatkan pemerintahan BN.
“Mungkinlah ada yang nampak mesti adil tetapi ada juga yang nak tahan Najib,” ujarnya dalam ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (Dun) N16 Kamunting di Perak semalam.
Calon Parlimen P111 Kota Raja berkenaan berkata, persediaan PACA amat penting ketika proses kiraan undi termasuk sekiranya lampu terpadam.
“Misalnya, PACA jangan tinggal walau satu saat. Kalau padam lampu, kena sedia bawa lampu suluh, kena sedia.
“Kalau padam lampu, kita suluh pada muka pegawai depan kita. Suluh sampai dia tidak boleh beralih. Kita kena tegas sungguh,” ujarnya.
Ejen Tempat Undi ialah wakil bagi pihak calon bertanding sama ada pihak kerajaan dan pembangkang untuk mengawasi tempat pembuangan undi.
Ejen Kira Undi pula ialah individu yang mewakili setiap parti bertanding untuk bertugas mengawasi proses pengiraan undi berlangsung.
Selanjutnya, Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata, beberapa insiden ketika penamaan calon pada 28 April lalu bukti pelbagai perkara luar jangka boleh berlaku.
“Sebab kita sudah nampak apa yang berlaku di Dun Rantau. Di Parlimen Batu juga sama.
“Sebab itu PACA kena cari betul-betul pengundi kita. Kita mahu menang dengan majoriti besar. Kalau menang beberapa ratus undi (majoriti), tidak selamat,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru dalam tempoh beberapa hari sebelum 14.9 rakyat membuang undi, petugas kempen pilihan raya PH melipat gandakan usaha mendekati pengundi di kawasan masing-masing.
“Dalam tempoh 72 jam ini, masuk gear lima. Bertemu dengan setiap rakyat. Pergiatkan kempen rumah ke rumah dalam tempoh tiga hari ini.
“Jumpa sebanyak orang yang mungkin. Kita mahu majoriti yang besar untuk ambil alih Putrajaya,” tambahnya lagi.
Turut hadir dalam majlis anjuran AMANAH Taiping itu adalah calon PH Dun N16 Kamunting, Fadhil Nuruddin dan calon PH Parlimen P60 Taiping, Teh Kok Lim.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 20,000 sukarelawan PACA diperlukan bagi ditempatkan di 40 kerusi marginal.
MD.

Subscribe to receive free email updates: