Update [Video Kajian terakhir... Sokongan kaum pada BN merosot di Selangor] Kunci pintu pagar kubur Nik Aziz undang kecaman ramai. >> Berita Malay 18

Ahad. 6 Mei 2018

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kunci pintu pagar kubur Nik Aziz undang kecaman ramai

Sebuah lori dengan bendera Pas diletakkan di depan pintu pagar tanah perkuburan yang menempatkan jasad Nik Aziz bagi menghalang Tun Mahathir menziarahinya.

Tindakan waris Allahyarham Nik Aziz Nik Mat mengunci pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini mengundang kecaman awam di media sosial.
Pengguna Facebook, Mohd Razif Arshad berkata, tanah perkuburan itu adalah hak wakaf yang tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi mahu pun keluarga.
“Adakah menghalang pada bila-bila masa untuk berziarah bagi harta tanah yang diwaqafkan adalah ajaran Islam?” tempelaknya.
Pintu pagar kubur itu dikunci manakala sebuha lori diletakkan di depan pintu pagarnya selepas mendengar ura-ura Pengerusi PH, Tun Dr Mahathit Mohamad mahu menziarahi kubur itu.
Ia dilakukan sendiri oleh anak Nik Aziz, Nik Adli yang sebelum ini pernah ditahan di bawah ISA atas dakwaan terlibat dengan kumpulan militan.
Sementara itu, Ridhuan Rafaai kesal kerana tindakan anak bekas Mursyidul Am Pas berkenaan, Nik Adli menghalang kehadiran Tun Mahathir itu dibimbangi memburukkan imej Islam dalam kalangan masyarakat bukan Muslim.
“Larangan orang ziarahi pusara memang ajaran Pas bukan ajaran Islam.
“Harap orang bukan Islam janganlah mencerminkan Islam mengikut imej Islam Pas,” katanya.
Hal sama diakui Zulhusni Sazali yang menulis, “Islam tidak ajar macam ini tapi itulah Pas buat. Pas merosakkan Islam dari dalam.”
Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani yang juga anak saudara Nik Aziz meminta supaya keluarga mereka tidak dirosakkan.
Calon Pas Dun Kota Anggerik di bawah Parlimen Shah Alam itu turut berada di lokasi tersebut walaupun tempoh berkempen hanya tinggal tiga hari.
Orang ramai juga menyifatkan tindakan mengunci pagar tanah perkuburan itu hanya memberi keuntungan politik kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan berkenaan.
“Apa pun moral telah memihak kepada Tun M,” komen Fuaadi Mahmud di Facebook.
Bukan sahaja mengunci pintu pagar, sebuah lori yang digantung bendera Pas di bahagian belakang juga diletakkan di kawasan pintu pagar tanah perkuburan itu.
“Kubur tanah wakaf pun nak buat harta sendiri. Macam mana saya nak hormat Pas?” bidas Ahmad Suhaimi.
Bagi Norzihan Baharum pula secara sinis menganggap Pas bukan sekadar memegang kunci syurga bahkan kini kunci pintu kubur.
“Di Madinah pun, tiada siapa dihalang untuk ke makam Rasulullah di Raudhah (yang terletak dalam Masjid Nabawi, Madinah),” ujarnya.
Menurut bekas penyokong Pas, Nor Aini, beliau membuat keputusan keluar dari parti itu apabila melihat Pas sudah tersasar daripada keindahan Islam sejurus Nik Aziz meninggal pada 2015.
Sehubungan itu, ada netizen berpendapat hanya dengan kegagalan Pas memperoleh walau satu kerusi sekali pun akan menyedarkan parti tersebut.
“Hanya dengan kosong (kerusi) Parlimen saja bagi mengajar mereka (Pas) ini semua,” tegas Sharifah Sofia Syed Rashid.

Subscribe to receive free email updates: