Update [Video Mat Sabu: Kita Nampak Barisan Nasional Panik] Dr M, Nik Omar gabung tenaga di Putrajaya & PAS khianat, kata ketua penerangan BERJASA. >> Berita Malay 18

Rabu, 2 Mei 2018

Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.
Calon-calon Pakatan Harapan di Bukit Naning dan Tampin boleh pula masuk tanpa Pas SPR, kenapa di DUN Rantau tidak boleh?

Ketidakadilan ini akan dihakimi oleh rakyat hari pilihanraya nanti!
 

Dr M, Nik Omar gabung tenaga di Putrajaya

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar Nik Abdul Aziz Amanah dijadual menyampaikan ucapan pada majlis ceramah di Putrajaya esok.
Mereka bakal berucap pada majlis ceramah yang dijadualkan belangsung jam 8.30 malam berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presinct 3.
Keputusan Nik Omar untuk meninggalkan PAS bagi bersama AMANAH menimbulkan pelbagai maklum balas kerana keputusan HARAPAN yang mengejutkan dengan meletakkan anak kedua allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu di kerusi DUN Chempaka di Kelantan.
DUN Chempaka amat penting kepada PAS kerana ia merupakan kerusi yang diwakili bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selama enam penggal.
Nik Omar ialah anak kedua Nik Aziz. Walaupun beliau telah lama menjadi ahli PAS, beliau tidak aktif secara politik sehinggalah kini.
Menurut seorang pemimpin AMANAH, alamat Nik Omar di Putrajaya akan membolehkan beliau berhubung dengan banyak kakitangan awam Kelantan di sana.
"Peristiwa ini penting kepada penyokong atas pagar. Orang Melayu yang lebih terbuka akan berada di sana untuk Mahathir.
"Nik Omar pula akan menarik olongan konservatif, yang kurang tertarik kepada Mahathir," katanya.
Menurut sumber itu, Nik Omar aktif dalam kegiatan dakwah di Lembah Klang dan oleh itu beliau bukan orang asing di sini.
Beliau dijangka berkempen di pantai barat semenanjung Malaysia sehingga Ahad ini sebelum kembali berkempen di Kelantan.
Malaysiakini.

PAS khianat, kata ketua penerangan BERJASA

Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) berkata mereka dikhianati sekutu mereka PAS apabila hanya diberikan lima kerusi pilihan raya daripada 17 yang diminta.

Malah, kata ketua penerangannya Mohd Junip Huzayin, daripada jumlah itu, hanya tiga kerusi dibenarkan menggunakan logo parti itu dan selebihnya menggunakan lambang PAS.
“Namun sekarang seperti ada sesuatu yang tidak kena dan kita menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas persahabatan itu apabila BERJASA hanya diberi tiga daripada 17 kerusi,” Junip dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Dalam sidang media, di Kamunting hari ini, Junip juga dilaporkan berkata Gagasan Sejahtera hanya mainan politik PAS.

Beliau juga berkata semua kerusi yang diberikan kepada BERJASA adalah kerusi majoriti Cina.
“Boleh dikatakan semua kerusi yang diberi adalah kerusi tidak boleh menang seperti kerusi Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah,” katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: