Update [Video Penuduh skandal Mat Sabu akan diheret ke mahkamah] PESANAN BUAT PENGUNDI AWAL, Demi masa depan kita semua pilihlah HARAPAN, pangkah lambang KEADILAN. >> Berita Malay 18

Jumaat, 4 Mei 2018

Image may contain: 1 person


PESANAN BUAT PENGUNDI AWAL


Esok, 5 Mei 2018, pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dijalankan. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya harus bertanggungjawab memastikan proses pengundian awal berjalan dengan lancar dan bebas dari sebarang penyelewengan.

Pengundi-pengundi awal terdiri daripada Anggota Tentera, isteri atau suami Anggota Tentera, Anggota Polis, Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), isteri atau suami Anggota PGA.

Saya menyeru kepada semua pemilih yang layak mengundi awal supaya menunaikan tangggungjawab mereka dan buatlah pilihan dengan penuh bijaksana.

Pilihan yang dibuat oleh saudara dan saudari akan memberi kesan kepada negara dan kita semua. Berilah mandat kepada mereka yang akan memenuhi harapan dan menjaga kebajikan saudara dan saudari.

Berilah mandat kepada mereka yang menghargai pengorbanan saudara dan saudari. Pengorbanan saudara dan saudari untuk keselamatan negara haruslah dihormati dan disanjungi. Adalah amat tidak wajar anggota keselamatan negara diperalatkan untuk mempertahankan keangkuhan sang penguasa yang rakus.  

Kerajaan Baru Pakatan Harapan berjanji untuk menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani. Komitmen ini termaktub sebagai Janji Ke-20 di dalam Buku HARAPAN.

Demi masa depan kita semua pilihlah HARAPAN, pangkah lambang KEADILAN.

Selamat mengundi.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PAKATAN HARAPAN
4 MEI 2018.

Subscribe to receive free email updates: