Update [Video TERKINI: TERLONDEH LAGI KU NAN & Aura Tun M di Putrajaya] Panglima TLDM berpesan undi itu rahsia, undi dengan bijak. >> Berita Malay 18

Jumaat, 4 Mei 2018

Gambar Youtube




Panglima TLDM berpesan undi itu rahsia, undi dengan bijak

 | May 3, 2018
PETALING JAYA: Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berpesan kepada warga tentera laut agar mengundi secara bijaksana berdasarkan fakta, pemerhatian, pencapaian yang dikecapi dan pengalaman sendiri.
Beliau juga memberitahu para pegawai “perlu membantu serta memastikan” semua warga tentera laut diberi kelepasan untuk mengundi serta “faham akan hak mereka” untuk menentukan.
“Rugi jika kita lepaskan peluang keemasan ini. Janganlah dipengaruhi dengan hasutan-hasutan yang boleh menjejas keputusan pemilihan kita.
“Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab undilah dengan penuh bijaksana. Ketahuilah, undi kita adalah rahsia,” katanya di Facebook tentera laut hari ini.
Kepada setiap warga tentera laut, Ahmad Kamarulzaman mengingatkan mereka supaya melaksanakan pembuangan undi dengan penuh adab dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
“Sudahkah anda menyemak daftar pemilih melalui laman sesawang rasmi SPR atau aplikasi MySPR Semak di telefon bimbit anda? Pastikan kita ketahui pusat mengundi dan saluran mengundi kita. Bagi yang berkeluarga, bawa atau bantu pasangan kita atau ibu bapa kita sekali.
“Semua warga TLDM dinasihatkan agar keluar awal, dan jalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin. Patuhi langkah pengundian yang telah ditetapkan.”
 FMT.







Subscribe to receive free email updates: