Update [Video Tun Mahathir~Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Harapan, PUTRAJAYA] Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya. >> Berita Malay 18

Jumaat, 4 Mei 2018

Penuh sesak…gambaran kehadiran ceramah Jelajah PH dari Masjid Tuanku Mizan.

Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya

Padang letak kereta Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya penuh sesak dengan manusia malam ini.

Lima hari sebelum pembuangan undi PRU 14,  Jelajah Pakatan Harapan Putrajaya malam ini memecah rekod penonton siaran langsung melalui facebook apabila 62,000 menontonnya.

Angka itu dicapai ketika calon Perdana Menteri PH, yang juga arkitek Putrajaya Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ucapan bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan.

Ketika Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berucap, ia sudah memecah rekod 36,000 yang dibuat ketika Jelajah PH di Stadium Kuala Selangor apabila penonton mencapai 45,800.
Di samping penonton secara langsung, puluhan ribu penyokong juga memenuhi kawasan tapak letak kereta Masjid Tuanku Mizan itu.
“Terima kasih orang Putrajaya kerana datang malam ini. Adakah anda semua dibayar?” tanya Tun Dr Mahathir dalam ucapannya.
Pecah rekod penonton siaran langsung.
Anak Tuan Guru Nik Aziz, Nik Omar yang menjadi calon DUN Cempaka, Kelantan turut memberikan ucapan beliau malam ini selepas berucap di Shah Alam pada sebelah petangnya.
Hari ini adalah penampilan sulung beliau di luar Kelantan selepas menjadi calon PH.
MD.

Subscribe to receive free email updates: