Terdapat satu gerakan untuk menghina, mencerca dan memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu semenjak YDP Agong melambatkan usaha memperkenan proses perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Terbaru, terdapat senarai perbelanjaan YDP Agong seperti di atas yang disebarkan di media-media sosial.
Senarai yang ditaip menggunakan perisian Excel, nampak seperti satu bentuk fitnah adu domba yang cuba untuk menaikkan kemarahan Rakyat untuk menjatuhkan institusi monarki. Tiada sumber yang dapat dirujuk untuk maklumat di atas.
Carian rasmi melalui website Perbendaharaan, baca di sini, mendapati jumlah anggaran perbelanjaan mengurus jauh lebih kecil daripada fitnah yang disebarkan iaitu RM250 juta. Cubaan yang baik wahai pencacai pemfitnah.