Update AIIK ? BARU MEMERINTAH DAH BUAT KERJA SYAITAN ? >> Berita Malay 18

TAK PATUT BETUTLAH KETUA PEMUDA UMNO  TUDUH PARTI BERSATU MACAM TU, JANGAN LA CARI DOSA, BARU LAGI BUAT IBADAT PUASA DAH TUDUH BUAT KERJA MAKSIAT.

RAKYAT MALAYSIA TAHU PARTI BERSATU/HARAPAN ADALAH PARTI SUCI MURNI, TU PASAL RAKYAT UNDI PARTI TU, TAK KAN LA RAKYAT BUTA MATA HATI TAK TAHU MANA JIJIK MANA SUCI MURNI !

LAGIPU MAHADHIR SEBAGAI P.M PARTI HARAPAN ADALAHLAH ORANG LURUS, BANYAK PENGALAMAN, ILMUNYA SETUA USIANYA DALAM BAB MEMERINTAH, TAKKAM ANAK BUAHNYA BUAT KERJA MACAM HARAM JADAH,

BARU SAJA LAGI DAPAT MEMERINTAH DAH BUAT KERJA BUSUK ? AAAAH ! TAK MUNGKIN,TAK MUNGKIN !

MENGAPA LA KETUA UMNO NI BUAT FITNAH KAT PARTI SERPIHAN UMNO NI !!!

TAK TAKUT DOSA KE ???

-Pak Karamu-

 

SPRM digesa siasat pemimpin Bersatu

AddThis Sharing Buttons

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Mohd Razlan Muhammad Rafii
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya menyiasat seorang pemimpin Bersatu yang didakwa menggunakan hubungan politik dalam kes penjualan tapak bazar Ramadan di Masjid India, di sini, baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii mendakwa, individu tersebut merupakan seorang ketua pemuda parti itu yang mengaut ratusan ribu ringgit menerusi jualan tapak bazar berkenaan.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan tapak bazar pada harga nominal yang rendah, iaitu RM80 bagi setiap petak.

“Ini salah guna kuasa yang dilakukan oleh Bersatu bagi menekan dan mempengaruhi penjawat awam DBKL untuk mendapat kepentingan.

“Mereka tidak melalui proses yang telus. Setahu saya, ia mempunyai kriteria dan peraturan bagi mendapatkan tapak terbabit. Kami tidak mengerti bagaimana perkara ini boleh terlepas daripada proses dan kawalan ketat DBKL,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd Razlan turut meminta SPRM menyiasat seorang ahli Parlimen di Kuala Lumpur kerana didapati menyalahgunakan kedudukan beliau dengan menekan penjawat awam bagi mendapatkan kelulusan.

“Sebagai parti politik kerajaan, kedua-dua individu ini menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan, sekali gus mengaut untung atas angin dan tidak mematuhi peraturan.

“Saya mendesak SPRM bertindak secara telus untuk menjaga kepentingan penjawat awam dan melindungi mereka daripada tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan yang sering kali datang ke DBKL atas urusan kepentingan peribadi,” katanya.

Sebelum ini, timbul kontroversi berhubung surat sokongan melibatkan pemimpin Pemuda Bersatu untuk mendapatkan kelulusan DBKL bagi menganjurkan bazar tersebut.

Surat maklum balas DBKL kepada pemimpin berkenaan kemudian tular di media sosial, menunjukkan 80 lot diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.

Dakwaan timbul menyatakan pemimpin tersebut mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa bagi setiap lot melalui orang tengah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :