Apabila Council of Orang Tua, Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan sendiri tidak faham apa peranan dan kepentingan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan mengumumkan penutupannya tanpa berfikir panjang, maka hari ini u-turn Perdana 180 darjah terpaksa dilakukan.
Kita imbas kembali senario menarik ini. Mula-mula umum SPAD dibubarkan. Kemudian umum kakitangan SPAD diserap ke JPJ. Selepas menyedari keputusan silap. SPAD dikekalkan. Cuma nama seperti biasa diubahsuai.
Untuk buka semula SPAD tapi malu hendak buka pintu depan, ubahsuai buat pintu belakang terpaksa dilakukan. Nama hadapan SPAD telah ditukar dari Suruhanjaya kepada Agensi. Semua sudah gila meroyan. Mudah-mudahan Rakyat tidak tersalah pintu lagi.