Jika dahulu pembangkang (kini Kerajaan) amat marah apabila isteri Mantan Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor membuat 'cameo' di dalam urusan pentadbiran mahupun urusan tidak rasmi Kerajaan.
Kini, suami Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim pula membuat perkara yang sama. Dulu mereka menyampah dengan DS Rosmah, sekarang mereka mendiamkan diri dengan tindakan sama oleh DS Anwar Ibrahim.
Sekadar bertanya, apa jawatan DS Anwar di dalam Kerajaan? Setakat suami TPM tidak perlulah terlalu ke hadapan mengatasi isteri.
DS Anwar perlu cepat-cepat meminta si isteri mengosongkan kerusi Parlimen Pandan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen. Kali ini namanya Langkah Pandan pula.
Ada juga pemberat kalau jawatan Ahli Parlimen jadi perantara, dari jawatan suami TPM. Malu parti PKR