Update LAWAK BETULLAH NEGARA MALAYSIA NI ! >> Berita Malay 18

DALAM BERSIAP SIAGA DARI ANASIR LUAR DARI MASUK KE NEGARA INI TETIBA MUDAH PULA UNTUK KELUAR ! ADA LOBANG TIKUS ?

BAGAIMANA MUTU KESELAMATAN NEGARA ?

HU,HU,HU

ITU BARU MUSA DAN JAMAL, KALAU INTERLIGEN LAGI LA MUDAH KELUAR !

NASIB LA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN !

LEMBAB !

-Pak Karamu-

 

Imigresen tiada rekod Musa, Jamal keluar negara

AddThis Sharing Buttons

Imigresen tiada rekod Musa, Jamal keluar negara
Mustafar ketika sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya, hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan dikenakan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya dua pemimpin itu meninggalkan negara melalui laluan tidak sah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya tidak mempunyai rekod keluar berhubung kedua-dua pemimpin itu.

“Imigresen tidak tahu di mana mereka berada. Jika mereka keluar mengikut laluan tidak sah, itu adalah satu kesalahan dan boleh disiasat mengikut Seksyen 2 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 5 Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Imigresen di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa Musa dan Jamal telah disenaraihitam untuk ke luar negara.

Terdahulu, polis akan meminta kerjasama pihak berkuasa Indonesia untuk membantu memburu Jamal yang dikatakan melarikan diri ke negara jiran itu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada sebarang perlindungan yang boleh diberikan kerana Jamal sendiri mengetahui dia telah melanggar undang-undang.

Selain itu, seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa melihat kelibat Musa di Stesen Keretapi St Pancras International, London. Dia turut memuat naik video berdurasi 10 saat, yang turut menjadi tular.

Musa dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah.

Subscribe to receive free email updates: