Update RAKYAT SEDANG TUNGGU UMNO AKAN DIMATIKAN ? >> Berita Malay 18

JIKA  AKAUN UMNO TELAH DIBEKUKAN  BERERTI UMNO JUGA AKAN TURUT MATI, MUNGKIN BANGUNAN UMNO JUGA AKAN TURUT DILELONG ?

BAGAIMANA DENGAN PARTI UMNO ?

PARTI UMNO JUGA TIADA SELAMAT, MAKA AKAN GEGAK GEMPITALAH NEGARA NANTI DAN SEBAGAI RAKYAT KITA SEDANG TUNGGU LAKONAN-LAKONAN YANG AKAN BERLAKU.
 
ADA PANDANGAN YANG MENGATAKAN BAHAWA AHLI UMNO PERLU BERPINDAH KEPADA PARTI BERSATU PIMPINAN MAHADHIR DAN MUHYIDDIN YASSIN ?
 
CERITANYA MACAM PAN NAK PANKAN PAS TAPI TAK BERJAYA. 
 
RAMAI YANG MENJANGKAKAN JIKA BERSATU BERJAYA MELUMPUHKAN AHLI UMNO, DAN MENGUMPULKANNYA KEDALAM BERSATU MAKA BARULAH BOLEH DIKATAKAN MAHADHIR DAN BERSATU BERJAYA !!!
 
KITA IKUTI APA YANG AKAN BERLAKU
 
-Pak Karamu-

 

Akaun beku: Umno beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM

AddThis Sharing Buttons

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki Umno adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata, Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat Umno dan akaun lain.

“Selagi memimpin Umno, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap Umno. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap semua ahli Umno akan bersama-sama  beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, Umno akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa  SPRM telah membekukan akaun Umno pusat. - Bernama

Subscribe to receive free email updates: