ISU BERSALAM LAKI POMPUAN PEMIMPIN TIMBUL LAGI
Oleh: Ustaz Abu Syafiq 0192713781
1- Sebenarnya isu ini sudah lama. Bahkan beberapa orang besar Istana yang merupakan dari pihak Ketua Agama Islam pun bersalaman dengan wanita bukan Muhrim.
Dalam Islam ia tetap haram.
Dalam Islam ia tetap haram.
Jika ada yang mendakwa ia halal kerana ia isu khilaf dan didakwa sebahagian pendapat ulama mengharuskan pada keadaan tertentu yang tidak terpaksa maka ketahuilah semua sepakat bahawa Ikutan Utama umat Islam Nabi Muhammad sendiri tidak bersalaman dengan wanita Ajnabiyah bahkan semua sepakat termasuk yang mendakwa ia halal menyatakan yang terbaik elakkan bersalaman lelaki perempuan kecuali darurat seperti menyelamatkan wanita tersebut dari kemalangan yang memerlukan kita memegang tangannya.
2- Gambar bersalaman lelaki-perempuan pemimpin Ikhwan bekas Presiden Mursi, bekas Mufti Mesir Dr Ali Jum’ah, Dr Yusuf Al Qardawi dan ramai lagi bakal diletak dalam banyak komen berkaitan isu ini bagi menyatakan kononnya…Nah ini semua ulama dan pemimpin Islam pun bersalaman dengan wanita ajnabiyah maka tiada salah pemimpin PH atau BN atau selainnya bersalaman dengan wanita. Itu dakwaan mereka.
Waktu yang sama mereka lupa Nabi Muhammad tidak bersalaman dengan wanita ketika para wanita menghulurkan tangan dalam majlis mempersetujui dan baiah kepada Nabi Muhammad. Nabi tidak bersalaman dengan wanita walaupun mereka yang menghulurkan tangan.
3- Kes besar sangat ke bersalaman ini dengan 1MDB, Rasuah dan lain-lain isu panas jenayah kolar putih? Tak. Memang ia bukan dosa besar pun. Namun ia melambangkan syakhsiyyah seseorang yang berlatar-belakangkan agama Islam. Mungkin tidak belajar agama secara formal tetapi bila sebut ia islamik maka bila bersalaman dengan wanita ia tetap menyebabkan maruahnya tercemar dimata masyarakat.
Mengelakkan fitnah umum lebih diutamakan daripada mencari rukhsah pada masail yang sama.
4- Menjadi pemimpin memang kekadang kita rasa tidak dapat elakkan. Nakkan pula ia seolah spontan yang berlaku. Namun tidak perlu kita halalkan dan membiarkan ia dipamirkan kepada umum sehingga kelak ia menjadi kebiasaan dikalangan semua umat sedangkan Islam menggalakkan kita mengelakkannya dan menjauhinya.
Saya tertarik dengan tindakan sikap Menteri Pertahanan YAB Hj Mat Sabu yang membuang semula gambar bersalaman dengan wanita duta Amerika yang diuploadkan sebelum itu setelah saya menegur pihak beliau secara peribadi.
5- Nasihat saya agar kita mengelakkan fitnah dan tidak mengambil rukhsah yang dianggap benar oleh diri kita sedangkan ia membawa fitnah kepada umum. Tidak salah untuk pengawal atau setiausaha memaklumkan dahulu kepada tetamu hal ini sebelum bertemu.
Apapun ini hanya nasihat kepada pemimpin Pakatan Harapan yang kita pilih. Dengar atau tidak itu terpulang... dan ingatlah rakyat ada mata untuk terus menilai.
Allahummashad Anni Qad Ballaghtu.
Allahummashad Anni Qad Ballaghtu.