Update Siasatan “fail merah” sedang dijalankan >> Berita Malay 18

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN - "Proses siasatan berkenaan rahsia “fail merah” yang didakwa mengandungi perkara berkenaan penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedang dijalankan," kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, proses siasatan itu dipertanggungjawabkan kepada syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik untuk memastikan siasatan lebih komprehensif .

“Syarikat perakaunan akan membuat siasatan sedaya upaya  dan tiada had masa tetapi saya yakin akan dijalankan (diselesaikan) secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraian  perjanjian persefahaman antara agensi Perbadanan Pemuliharaan dan Pembangunan George Town dengan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Lim berhubung “fail merah” berkenaan yang sebelum ini didakwa cuba disorok oleh kerajaan BN.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia fail merah terbongkar]
Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Guan Eng dilapor berkata sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng memuji langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco  untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).
Jumlah kutipan THM dikemas kini setiap hari pada 3 petang di laman web Kementerian Kewangan. -Bernama

Subscribe to receive free email updates: