PENYATUAN MELAYU, DI MANA NAK MULA?
Orang Melayu sendiri sebenarnya tak ada idea bagaimana mahu satukan orang Melayu.
Yang ada idea nak pecahkan lagi, nak laga²kan demi nafsu.
Dalam skala besar, adakah menyatukan parti seperti BERSATU PAS AMANAH UMNO boleh menyatukan Melayu?
Yang ada idea nak pecahkan lagi, nak laga²kan demi nafsu.
Dalam skala besar, adakah menyatukan parti seperti BERSATU PAS AMANAH UMNO boleh menyatukan Melayu?
Posted by Kluangman
DAP tak kalut pun...
Tak dengar pun DAP tuntut yg pelik2 dari kerajaan untuk kaum Cina atau minta dihapuskan hak2 istimewa Melayu/Bumiputera atau kedudukan Islam dan bahasa Melayu atau institutsi raja Melayu...
Tak dengar pun DAP tuntut nak jawatan Perdana Menteri seperti dipropagandakan oleh Umno sebelum PRU14. DAP juga tak minta jawatan TPM. Lim Kit Siang langsung tak jadi Menteri dan DAP pun tak kisah nak promosikan LKS sebagai Menteri...
Yang kita nampak ialah menteri2 pusat dari DAP sibuk dengan tugas2 kementerian mereka untuk jadikan Malaysia lebih progresif.
Ahli2 biasa DAP etnik Cina pula tak ada yang hantar memo kepada Tun minta dibuka UiTM untuk kaum Cina - Non Melayu, atau minta JAKIM ditutup... yang tuntut pasal UITM itu ialah Hindraf 2.0. Yang minta JAKIM ditutup ialah seorang wanita MELAYU bernama Bedah Kassim, dia bukan anggota DAP pun.
Juga tak dengar DAP bising nak pantau sakan kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir. Yang dok bising nak pantau kerajaan PH pimpinan Tun ialah Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dari PKR.
Juga tak dengar DAP melawan raja2 Melayu. Yang dok melawan raja pula ialah anak Kassim dari BN di Perlis, bukan DAP. Anak Kassim ni MELAYU kan? Dah tu Melayu UMNO pulak! Kikikiki!
Punyalah bagus dan pragmatik senyap DAP hinggakan presiden PAS, HADI AWANG sendiri ikrar bahawa DAP dah berubah dan matang selepas PRU14 dan PAS sedia kawan dengan DAP...
Yang tak matang dalam PH siapa? PPBM? Amanah? PKR?
PAS sendiri dah matang ke?
Hadi Awang sendiri dah matang ke? Cuba teliti malaaun PAS ni matang atau masih pakai pampers?
Yang kita tau di Kelantan orang2 PAS larang Tun Dr Mahathir ziarah kubur TGNA, larang Nik Omar (anak lelaki sulung TGNA) imamkan solat di sebuah masjid di Kelantan hanya kerana Nik Omar keluar PAS dan masuk PH, dan larang Husam Musa dan Wan Rahim (pemimpin2 Amanah) memasuki pejabat2 kerajaan PAS Kelantan. PAS matang ke dengan larangan ala2 negeri polis ini stail Malaysia Lama bawah BN dulu? - f/bk
Tumpang sekole.