Lepas 4 jam, Rosmah masih disoal-siasat
Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak masih disoal-siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Beliau tiba di pejabat SPRM sekitar jam 11 pagi tadi. Setakat jam 3 petang tadi, masih tiada tanda-tanda beliau meninggalkan kawasan itu.
Sebelum itu Najib hadir dua sesi soal-siasat panjang SPRM mengenai dana SRC International Sdn Bhd yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.
"Siasatan (terhadap Rosmah) akan dilakukan secara menyeluruh," kata bekas penyiasat dan pengarah perisikan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris kepada AFP.
"Dia juga mungkin diminta untuk mendedahkan akaun banknya dan menjelaskan tentang sumber wang tunai dan barang kemas yang ditemui oleh polis di dua kondominium baru-baru ini," katanya.
Mk.