Update [Video TERKINI: "Tiada Rekod Musa Aman dan Jamal Yunos ke Luar Negara" - Imigresen] Lelaki mirip Musa Aman di London tular. >> Berita Malay 18

Jumaat, 1 Jun 2018

Musa Aman didakwa ditemui di London.

Lelaki mirip Musa Aman di London tular

Video lelaki mirip Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman di stesen keretapi St Pancras International di London tular sejak malam tadi.
Rakaman video berdurasi hanya 10 saat itu dimuat naik pengguna Facebook, Az Eem yang turut menanda pengasas Invoke Malaysia, Rafizi Ramli.
“Ex-cm Sabah spotted at St. Pancras, London,” tulis Az Eem pada rakaman yang memaparkan individu berjaket merah dan memakai topi sedang berdiri di sisi troli bagasi bersama seorang kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika individu yang dilihat dalam video itu adalah Musa yang dikehendaki polis.
Musa sebelum ini dilaporkan sudah meninggalkan negara ini tanpa menggunakan saluran undang-undang.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu dipercayai sempat melarikan diri ke London sebelum sempat disenaraihitamkan untuk keluar dari Malaysia.
Pada 23 Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan di kediaman Musa di Luyang tetapi tidak merampas apa-apa barang.

Subscribe to receive free email updates: