Update 10 TUDUHAN TERHADAP NAJIB >> Berita Malay 18


Najib Razak didakwa hari ini

AddThis Sharing Buttons

 Najib Razak didakwa hari ini
Najib tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian

(Ubah saiz teks) 
 

KINI semua mata tertumpu ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di mana Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadapi lebih 10 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Kes Najib akan disebut ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin sebelum di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah.


Seawal 6.00 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media antaranya sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah.


Ikuti laporan langsung dan terkini pasukan Sinar Harian:


9.28 am: Kesemua kes dipindahkan ke mahkamah tinggi untuk direkodkan pengakuan.

9.20 am: Najib turut didakwa menggunakan jawatan sebagai Perdana menteri ketika itu  untuk suapan berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terlibat  membuat keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia bagi pinjaman berjumlah Rm4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International .

Dakwaan bagi kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


9.15 am: Tiga pertuduhan pecah amanah selesai dibacakan. Tommy memohon kes dipindahkan ke mahkamah tinggi.

Najib selaku penjawat awam iaitu perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC  International didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM42 juta yang di Menara Ambank, Jalan Raja Chulan antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014.


Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (akta 574) yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun  dengan sebat dan denda.


9.10 am: Tommy Thomas memohon izin mendakwa menurut Seksyen 58 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

8.57 am: Shafee tiba bersama pasukan pembelaan termasuk Harvinderjeet Singh, Farhan Read, dan Farhan Shafee.

8.45 am: Ahli keluarga Najib, Ashman dan Noorliyana memasuki mahkamah bagi mengikuti prosiding pertuduhan yang akan dikemukakan terhadap bapanya.

Najib Tun Razak: Peguam Negara, Tommy Thomas memasuki mahkamah bagi mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Najib. Turut mengiringinya, beberapa Timbalan Pendakwa Raya SPRM.

8.20 am: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau dilihat memakai sut lengkap berwarna biru.

Subscribe to receive free email updates: