Update Bunuh anak kerana enggan dihantar ke rumah penjagaan >> Berita Malay 18

Bunuh anak kerana enggan dihantar ke rumah penjagaan
Anna Mae Blessing, dituduh membunuh anak lelakinya apabila mengetahui hasrat mangsa menghantarnya ke rumah penjagaan.
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu berusia 92 tahun menembak mati anak lelakinya bagi mengelak daripada dihantar ke rumah penjagaan.

Anna Mae Blessing, dituduh membunuh anak lelakinya berusia 72 tahun apabila mengetahui hasrat mangsa menghantarnya ke rumah penjagaan orang-orang tua.

"Awak mahu ambil nyawa saya, jadi saya ambil dahulu nyawa awak," kata warga emas terbabit sambil menambah dia turut berniat membunuh diri.

Ketika kejadian 2 Julai lalu di bandar Fountain Hills, daerah Maricopa, suspek menyembunyikan dua pistol di dalam poket jubah sebelum memasuki bilik anaknya.

Menurut laporan, mangsa memberi alasan semakin sukar untuk tinggal bersama suspek dan mahu menghantarnya ke pusat penjagaan, ia menaikkan kemarahan suspek yang kemudian menembak mangsa menggunakan sepucuk pistol.
Tembakan suspek mengenai bahagian rahang serta leher mangsa.

Setelah itu, Blessing berpaling kepada teman wanita anak lelakinya dan cuba menembak wanita berusia 57 tahun itu dengan menggunakan pistol kedua setelah pistol pertama berjaya ditepis wanita terbabit.
Teman wanita mangsa sempat menyelamatkan diri dan melaporkan insiden kepada pihak berkuasa.

Pihak polis yang menyerbu kediaman suspek menemui Blessing duduk di sebuah kerusi malas di dalam biliknya sambil berkata dia patut mati atas tindakannya itu.- BBC

Subscribe to receive free email updates: