Update Calon Melayu Speaker DUN Perak mengalah, serah pada DAP setelah ditekan >> Berita Malay 18


CALON MELAYU YDP SPEAKER DEWAN NEGERI PERAK MENGALAH SELEPAS DITEKAN SUPAYA BERI LALUAN KEPADA CALON DAP! HMM.. NAMPAK TAK WAHAI MELAYU??
---
Dengan lafaz bismillah...

Saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini. Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.

Ini kerana DAP turut menghantar nama dan menamakan Dato Ngeh Koo Ham sebagai calon mewakili DAP. Pelbagai hujah diberikan kepada DAP untuk memberikan laluan kepada keadilan memandangkan exco kerajaan negeri telah dimiliki oleh DAP sebanyak 5 posisi. Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin DAP tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam.

Sehinggalah saya DIMINTA menarik diri dari pencalonan ini maka dengan berat hati saya penuhi. Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada DAP tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya kerana sikap tamak haloba kita dalam kedudukan, kuasa dan nama rakyat menjadi mangsa.

○Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan namun yang angkuh tetap angkuh.

○Bagaimana saya menerima tekanan dari DS Nizar yang menyuruh saya menarik diri dari pencalonan dan menyatakan sokongn kepada Dato Ngeh.

○Bagaimana rombongan DAP yg diketuai Nga Kor Minh mendesak dan memberi tekanan kepada DSAI di hospital agar DSAI bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri.

○Dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama adun dihadiri oleh Dato Ngeh tanpa diundang.biar apa sahaja hujah yang diberikan, dap tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir,kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki.) Di akhirnya amanah menyatakan sokongan dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker.

Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini,saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri.

Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri. Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya. Kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan.

Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat.saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah swt.

SASI : Siti Aishah Shaik Ismail

Subscribe to receive free email updates: