Kuala Lumpur 4 Julai – Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Anggota Parlimen Pekan itu berkata, selama ini Najib hanya diadili di mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar.
“Biar mahkamah jalankan proses perbicaraan dengan adil dan telus, kita mengharapkan supaya dia (Najib) diberi keadilan dan jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum.
“…dan kita juga jangan aibkan dia sebelum dia terbukti bersalah oleh mahkamah,” katanya.
Justeru, beliau menyeru rakyat yang beragama Islam untuk kembali kepada prinsip yang diajar dalam agama dan undang-undang sebelum bersangka buruk terhadap Najib.
Terdahulu, Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pendakwaan berhubung dana syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini pada 2.35 petang semalam dan dibawa ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Related Posts :
Update Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis >> Berita Malay 1813/4/18
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, Barisan Nasional (BN) kurang bijak jika memilih bekas pengerusi Felda, Tan Sri … Read More...
Update [Video Caj tol Jambatan P.Pinang mansuh jika tawan Putrajaya, Lim bidas Najib] Sah Hadi dicabar anak saudara di Marang. >> Berita Malay 18Jumaat, 13 April 2018
Sah Hadi dicabar anak saudara di Marang
Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan… Read More...
Update [MARAN] GALAK TUBUH KOPERASI TINGKAT PELUANG JANA EKONOMI IBU TUNGAL >> Berita Malay 18
12/4/2018 - Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek kesejahter… Read More...
Update [Video Panas! Pas Menerima Bantuan Dari Umno?] AMANAH: Mohd Amar, Takiyuddin jangan lari. >> Berita Malay 18Jumaat, 13 April 2018
Nasi lemak PAS - tiada ikan bilis, tiada sambal, tiada timun, tiada telur...
AMANAH: Mohd Amar, Takiyuddin janga… Read More...
Update [MARAN] GALAK TUBUH KOPERASI TINGKAT PELUANG JANA EKONOMI IBU TUNGAL >> Berita Malay 18
12/4/2018 - Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek kesejahter… Read More...