Kuala Lumpur 4 Julai – Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Anggota Parlimen Pekan itu berkata, selama ini Najib hanya diadili di mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar.
“Biar mahkamah jalankan proses perbicaraan dengan adil dan telus, kita mengharapkan supaya dia (Najib) diberi keadilan dan jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum.
“…dan kita juga jangan aibkan dia sebelum dia terbukti bersalah oleh mahkamah,” katanya.
Justeru, beliau menyeru rakyat yang beragama Islam untuk kembali kepada prinsip yang diajar dalam agama dan undang-undang sebelum bersangka buruk terhadap Najib.
Terdahulu, Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pendakwaan berhubung dana syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini pada 2.35 petang semalam dan dibawa ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Related Posts :
Update MELAYU “SCREWED” MELAYU >> Berita Malay 18
oleh:
Wan Fayhsal
MELAYU “SCREWED” MELAYU
Sekarang ini berkeliaran pengkagum Najib Razak menyebar dakyah untuk menakut-na… Read More...
Update Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara >> Berita Malay 18
Perdana menteri berkata, kerajaan mungkin meringankan hukuman mati ke atas bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan b… Read More...
Update Pasai apa Zahid mai jumpa Dr.M... >> Berita Malay 18
Minta otograf kot...
Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana… Read More...
Update MALAYSIA DIHIDU KE ARAH NEGARA REPUBLIK ? >> Berita Malay 18
EH, KAMU RUSLAN KASIM, JANGAN LA SEMBRONO !
SERAM TEMAN DENGO NYEEEE !
ATEE ?
SUARA MIKE DAH LAMA TAK TEMAN DENG… Read More...
Update [Video Abang Long, maafkan angah!] YANG SELALU BERTANYA, INI JAWAPANNYA...Dulu tak berlaku adil tindas kami (PH), kenapa sekarang MERAYU suruh adil! >> Berita Malay 18Jumaat, 8 Jun 2018
YANG SELALU BERTANYA, INI JAWAPANNYA...
Suara Rakyat
4hb Jun jam 6.18 pagi ·
Tak abes dg… Read More...