Update KPM siasat rasuah, gangguan seksual oleh pegawai tertingginya >> Berita Malay 18

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menyiasat dakwaan rasuah dan gangguan seksual yang melibatkan beberapa pegawai tertingginya, lapor portal Malaysiakini.
Memetik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai berkata, perkara tersebut sedang disiasat.

Dakwaan tersebut dibuat menerusi surat tidak bernama yang dihantar kepada kementerian itu dan Malaysiakini.

"Pegawai saya sedang menyiasat perkara itu sama ada benar atau sebaliknya," kata Dr Maszlee kepada Malaysiakini pada Selasa.

Penulis surat itu mendakwa seorang pengarah jabatan melakukan gangguan seksual terhadap pegawai-pegawai wanita termasuk dirinya sebagai mangsa.

Dua timbalan kepada pengarah itu didakwa terbabit dalam perolehan tender dan sebut harga bagi program kementerian.

Menurut Malaysiakini, surat berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan contoh yang jelas untuk menyokong tuduhan berkenaan.

Surat itu menjelaskan bahawa pengarah itu hanya melakukan gangguan seksual terhadap wanita, dan tidak terlibat dengan salah laku dua timbalannya.

Sumber: Malaysiakini

loading...

Subscribe to receive free email updates: