Calon Barisan Nasional berkata dia akan bertemu kepimpinan PAS kawasan dalam masa terdekat.
Lokman beramah mesra dengan peniaga dan penjaja di pasar Taman Seri Andalas.
KLANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa PAS tempatan akan membantunya menewaskan Pakatan Harapan (PH).
Lokman yang berdepan pertandingan 3 penjuru berkata beliau juga akan bertemu dengan kepimpinan PAS kawasan dan cawangan dalam masa terdekat.
“Rakan-rakan PAS ada hubungi saya dan akan beri bantuan kepada saya. Setakat ini ramai yang memberi sokongan,” katanya ketika sedang beramah mesra dengan peniaga dan penjaja di pasar Taman Seri Andalas.
Beliau juga tidak kisah dilabel penyokong bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana Najib meninggalkan ekonomi negara dalam keadaan yang baik walaupun tewas.
“Cuma sekarang sedang dihancurkan PH,” katanya.
Terdahulu, penganalisis berkata walaupun PKR akan memenangi pilihan raya kecil ini, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pergerakan undi penyokong PAS kepada Umno.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata PH akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan dapatan daripada PRK nanti boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu di masa akan datang.
Akhbar Singapura, Straits Times (ST) pada Jun melaporkan hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH berbanding kira-kira 95% pengundi Cina dan 70-75% pengundi India pada pilihan raya baru-baru ini, memetik kajian Merdeka Centre.
Kajian itu mendapati kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dan 30-33% menyokong PAS.
Ini bermakna minimum 65% atau maksimum 73% orang Melayu bersama pembangkang nasional sekarang.
Related Posts :
Update [Video Parlimen kecoh, Azmin-Najib 'bertelagah'] Masalah air Selangor lebih teruk daripada 1MDB, kata Najib & Isu air: Najib berniat jahat dan gangguan air bukan salah negeri Selangor - MB. >> Berita Malay 18Isnin, 12 Mac 2018
IJOK: Pengguna air membabitkan 563,622 akaun di sekitar Lembah Klang perlu menunggu hingga Ahad ini untuk mendapat sem… Read More...
Update [Video Kakitangan kjaan akan dpt pembelaan kjaan baru PAKATAN HARAPAN] Salahkah penjawat awam menyokong parti Pembangkang? JANGAN BIMBANG! Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang, kata TS Muhyiddin Yassin. >> Berita Malay 18Isnin, 12 Mac 2018
Pakatan Harapan memutuskan Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Perdana Menteri dan Timbala… Read More...
Update 7 GAMBAR (PAS BAKAL MELINGKUP) Sambutan terhadap PH di Bachok Kelantan MENDEBARKAN PAS UMNO >> Berita Malay 18
Sambutan orang ramai terhadap Jelajah Pakatan Harapan di Bachok, Kelantan malam tadi.
… Read More...
Update [Video DUN Pasir Panjang & PARLIMEN Lumut-PENDEDAHAN SALAH GUNA WANG AWAM Perak!] Siapa ganti Zambry pada PRU14? MB yang dah 'masuk ayor & dah masuk angin'? >> Berita Malay 18Isnin, 12 Mac 2018
Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.
malaysiadateline.com
Siapa ganti Zambry pada PRU14?
Jika… Read More...
Update [Video Tun Dr Mahathir, Dr Wan Azizah Doktor Pakar Pulih Ekonomi Bunuh Virus Rasuah Najib Umno!] Mahdzir Khalid-'Guru sokong HARAPAN ibarat nyamuk tepi telinga' ho, ho, hooo RAJA NAMRUD MATI KERANA SEEKOR NYAMUK (masuk ke dalam KEPALA RAJA NAMRUD melalui telinganya…). >> Berita Malay 18Isnin, 12 Mac 2018
Jalan atas meja 2. SEKEPING gambar Menteri Pendidikan ...
Utusan Online
'Guru sokong HARAPAN ibarat nyamuk tepi te… Read More...