Update NAIB PRESIDEN PAS JANGAN LAWAN PUAK PEMERINTAH >> Berita Malay 18

NAIB PRESIDEN PAS IDRIS AHMAD DI INGATKAN JANGAN LAWAN ORANG PEMERINTAH, NANTI MACAM-MACAM BOLEH JADI, MAKLUM SAHAJA ORANG SEDANG MABUK BERKUASA.
 
TU ANAK LELAKI FADHIL NOR TU DAH SOUND SURUH PERIKSA AKAUN PAS, PUAK-PUAK PARTI PEMERINTAH SEKARANG MEMANG NAK SULUH PARTI LUAR DARI PH, DIA ORANG NI MEMANG DENDAM DENGAN PAS TERUTAMA SEBAB PAS BAWA PERJUANGAN ISLAM.
 
PAS KENA SABAR BANYAK NANTI KITA JADI TIMUN DIA ORANG BUAT KITA. AL MAKLUM PUTIH HITAN ADA DITANGAN MEREKA. 
 
KALAU BOLEH NANTI BILA ORANG PEMERINTAH DATANG KENA TUNDUK KEPADA MACAM JEPUN SURUH DIZAMANNYA, DAN IDRIS AHMAD KENA FAHAM ISLAM AKAN DIAWASI DIMANA-MANA DIMUKA BUMI INI
 
-Pak Karamu-

 

 Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas

AddThis Sharing Buttons

Paparan Facebook Idris Haron yang mencabar kepimpinan Pakatan Harapan untuk menyemak akaun Pas.
Paparan Facebook Idris Haron yang mencabar kepimpinan Pakatan Harapan untuk menyemak akaun Pas.
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mencabar kepimpinan Pakatan Harapan untuk memeriksa dan menyiasat akaun parti tersebut yang dikaitkan dengan isu pengubahan wang haram.

Dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya semalam, beliau secara sinis mengatakan bank sudah beroperasi pada hari Isnin dan ia bermakna kerajaan boleh mengarahkan pihak berwajib segera memeriksa akaun Pas.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagaimanapun mengingatkan setiap tindakan diambil perlu mengikut prosedur dan bukan dibuat secara hentam kromo.

"Isnin ini bank sudah buka. Boleh arahkan pihak berwajib lihat duit Pas dalam bank. Tapi ikut prosedurlah. Bukan main hentam kromo dan guna media. Main-main arah dan tuduh supaya akaun Pas dibeku kerana terlibat dalam pengubahan wang haram.

"Pakatan Harapan ini hendak tadbir cara demokrasi atau majlis revolusi. Main langgar sahaja untuk buat tuduh dan fitnah. Sekarang PH (Harapan) sudah ada kuasa, ambil sahaja tindakan," sindirnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu, Idris turut mengingatkan pihak berkuasa supaya turut menyiasat akaun Pakatan Harapan dan bukan hanya tertumpu kepada Pas dan Umno.

"Jangan lupa juga tolong siasat akaun parti Harapan sama. Jangan pula paku dulang paku serpih, tuduh orang dia yang lebih," katanya.

Baru-baru ini, Pemuda Amanah menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh akaun beberapa pihak dipercayai menerima wang daripada Umno termasuk akaun Pas.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Ketuanya, Muhammad Faiz Fadzil berdasarkan pendedahan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Pas menerima RM 1.5 juta daripada Umno.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM digesa siasat juga akaun Pas]

Subscribe to receive free email updates: