![]() |
Imej via Kosmo! |
Pengarahnya, Muhammad Zahari Othman, berkata, surat bertarikh 18 Julai 2018 itu dikeluarkan untuk menempatkan pengetua wanita itu di bahagian pentadbiran sebagai Pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan.
Beliau berkata, arahan itu dilakukan bagi membolehkan satu siasatan dilakukan berhubung gesaan guru di sekolah berkenaan untuk menukarkan pengetua terbabit.
"Pada masa sama, langkah itu dapat memberi ruang kepada JPN menjalankan siasatan terhadap segala dakwaan yang dibuat terhadapnya," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.
Menurutnya, kini tugas pengetua sekolah itu dijalankan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sabri Awang.
Media semalam melaporkan guru SMK Ketereh membawa sepanduk menggesa JPN menukarkan pengetua sekolah itu yang dikatakan sering memberi tekanan kepada guru dan pelajar.
Pada hari sama, 39 pelajar dan lima guru diserang histeria mengakibatkan suasana di sekolah agak 'menakutkan' sebelum Pusat Rawatan Darul Syifa dipanggil untuk memberi rawatan.
loading...