Update PH TIPU RAKYAT, TAMBAH HUTANG LAGI RM22.5 BILION >> Berita Malay 18



PH Tipu Rakyat, Tambah Hutang Lagi RM22.5 Bilion



BEBAN… Baru-baru ini rakyat gempar apabila laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dedah hutang negara tambah lagi RM22.5 bilion yang dibuat secara senyap oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Semuanya berjaya dilakukan pihak kerajaan baharu itu dengan bijak tanpa pulisiti menerusi tujuh transaksi berbeza tarikh selepas PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu sebelum ‘bocor’ dan tular minggu ini.

Ironi, bagi tutup kelemahan itu dan memastikan rakyat lupa kegagalan pentadbiran PH dalam jana ekonomi negara, mereka lancar Tabung Harapan Malaysia konon untuk bayar hutang RM1 trilion ditinggalkan Barisan Nasional (BN)

Walhal pada masa sama, kerajaan PH sibuk buat hutang baharu dan kemudian kecoh enggan tunai janji manifeto sendiri ketika PRU lepas dengan guna alasan bodoh iaitu negara kini tanggung banyak hutang diwarisi daripada BN.

Lebih lucu, Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamza dalam jawapan yang teragak-agak ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu lalu berdalih dengan mendakwa kononnya tiada hutang baharu dicipta oleh pihak kerajaan PH.

Mengulas perkara ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan ekonomi sebelum memasuki arena politik, turut beri pendapat dan cabar PH bercakap benar.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya terpanggil untuk mengulas tindakan Pakatan Harapan (PH) yang secara diam-diam telah menerbitkan bon-bon baru berjumlah RM22.5 billion sejak membentuk Kerajaan pada 9 Mei 2018.

Disebalik gambaran kesungguhan Kerajaan PH untuk menurunkan Hutang Negara yang dimomok-momokkan mencecah lebih RM1 trilion melalui pembatalan dan penangguhan projek-projek dan inisiatif mesra rakyat.

Tetapi rakyat juga diminta untuk menderma secara sukarela tanpa had pada Tabung Harapan Malaysia yang kini berjumlah lebih RM160 juta.

Adalah ironi bagi saya yang melihat akan rasional meminta rakyat untuk menanggung bersama untuk melunaskan hutang dan pada masa yang sama menambah hutang Kerajaan dengan nilai lebih 100 kali ganda dari jumlah kutipan derma.

Saya percaya keputusan penerbitan bon-bon ini berkait rapat kedudukan tunai negara yang kian menguncup akibat kekurangan sumber hasil dari polisi populis “Tax Holiday” melalui pensifaran kadar GST sebelum SST dikuat kuasa pada bulan September tahun ini dan subsidi petrol RON95 bagi mengekalkan harga kekal di tahap RM2.20/liter.

Saya seru Kerajaan PH khususnya YB Menteri Kewangan untuk berkata benar dan “come clean” di Dewan Rakyat dan media mengenai kedudukan kewangan Kerajaan pada waktu dan ketika ini agar Rakyat tidak terus ditipu.

Pada masa yang sama, saya juga menyeru Kerajaan PH mengambil serius pengakuan YB Menteri Kewangan bahawa GST adalah cukai yang lebih efisyen dan telus dari SST sekali gus mengkaji semula keputusan pemansuhan GST.

Ia demi memastikan ianya adil pada rakyat dan bukan sekelompok kecil pemodal serta memastikan kedudukan kewangan negara sentiasa berada ditahap mapan.

Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini secara dekat dan berusaha untuk memastikan rakyat diberikan maklumat yang tepat bagi menjamin kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara.


Subscribe to receive free email updates: