Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.
Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Agak pelik apabila Mahkamah di Malaysia, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris. Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Related Posts :
Update ULAS PEMILIHAN UMNO, KIT SIANG JANGAN NANTI DILABEL 'TAK SEKOLAH', 'NYAYUK' >> Berita Malay 18
UMNO membidas Lim Kit Siang yang memberikan ulasan ‘hambar’ mengatakan kononnya keputusan pemilihan UMNO kali ini mencerminkan kemenan… Read More...
Update Mana @MahfuzOmar Bila Dulu Kata Saiz Kabinet Dapur DS @NajibRazak Perlu Dikecilkan >> Berita Malay 18
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kerajaan dinasihatkan supaya tidak memangsakan Rakyat bagi menampung kekurangan pendapatan n… Read More...
Update (UNTUKMU CINA) Johor umum RM450,000 untuk sekolah Cina >> Berita Malay 18
#1MB Johor umum RM450,000 untuk sekolah Cina
Kerajaan Johor memperuntukkan RM450,000 tahun ini untuk disalurkan kepada sembilan sekolah me… Read More...
Update ULAS PEMILIHAN UMNO, KIT SIANG JANGAN NANTI DILABEL 'TAK SEKOLAH', 'NYAYUK' >> Berita Malay 18
UMNO membidas Lim Kit Siang yang memberikan ulasan ‘hambar’ mengatakan kononnya keputusan pemilihan UMNO kali ini mencerminkan kemenan… Read More...
Update UEC: Keputusan Melaka tidak bertamadun, kata Ridhuan Tee >> Berita Malay 18
18 Syawal 1439H, Isnin – Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari baru-baru ini, bahawa kerajaan negeri akan mengiktiraf Sijil Pe… Read More...