Update SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya >> Berita Malay 18


SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.


Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi Malaysiakini mendakwa Najib dibawa dari rumahnya petang tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau sedang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun.
"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.
Sumber bagaimanapun memberitahu bahawa Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan spekulasi kemungkinan Najib ditangkap hari ini.

Beberapa media telah melaporkan sumber yang mengesahkan tangkapan itu.

AKAN MENYUSUL




Subscribe to receive free email updates: