Update SST Kerajaan PH, Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana >> Berita Malay 18


Malaysiakini, baca di sini, pagi tadi telah membuat satu artikel berita mengenai aset yang dikecualikan oleh SST. Sayangnya carian pihak kami petang tadi mendapati posting berita berkenaan telah diubahsuai setelah kenyataan di bawah menjadi konttoversi dan tular di media sosial. Kenyataan yang menjadi kontroversi berbunyi,
Turut dikecualikan dari SST termasuk helikopter, kapal terbang dan kapal angkasa termasuk satelit dan pelbagai kapal.
Para di atas didapati tiada lagi dalam posting berita di bawah.


Sistem ekonomi apakah yang diamalkan oleh Kerajaan PH ini. Untuk memudahkan macai-macai Tomato IQ41 faham, CTS bagi perbandingan mudah seperti di bawah:

Mirzan (bukan nama sebenar) beli helikopter tak kena SST.

Mokhzani (bukan nama sebenar) beli kapal terbang tak kena SST.

Mukhriz (bukan nama sebenar) beli kapal layar tak kena SST.

Tetapi ... Pak Ali (nama di dalam kad pengenalan) yang tinggal di Kampung Binjai Tinggi beli baju sekolah anak kena bayar SST. 

Adilkah sistem ini?

Orang kaya mendapat pengecualian cukai, orang miskin? Tinjauan berita dari Malaysiakini juga, baca di sini, mendapati sardin dan mee segera dikecualikan SST.

Kesimpulannya, Rakyat Malaysia yang miskin dan papa kedana, yakinlah dengan Kerajaan PH. Hangpa makanlah sardin dan mee segera yang tidak dikenakan cukai, selain Tomato. Sekian.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :