Tahniah Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq yang melantik Numan Hafifi Saadan sebagai Pegawai Khas beliau di kementerian. Laman sesawang KBS, baca di sini.
Numan Afifi adalah Presiden Pelangi Campaign, kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT). Baca Malaysiakini, di sini.
Numan Hafifi juga adalah penganjur acara buka puasa 'Big Gay Iftar' yang dianjurkan di Bangsar, Kuala Lumpur.
Menurut Malaysiakini, Numan Afifi menulis di Facebook, Numan menjelaskan ia dianjurkan untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai latar untuk berbuka bersama-sama serta berdialog supaya kasih sayang dapat disebarkan.
Acara itu juga, katanya, untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016. Kata Numan Afifi lagi,
Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua. Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!Tahniahlah Pak Menteri.