MANIFESTO TIDAK TUNAIKANPUN TAK MENGAPA, IA TAK TERHUKUM BERDOSA, KAN KE ITU MUFTI DAH CAKAP ?
JIKA MANIFESTO ITU DIANGGAP MEMANCING IKAN BODOH, MAKA ITU TAK ADA HAL, MANA ADA IKAN CERDIK ?
RAKYAT MALAYSIA MEMANG TIDAK FIKIR SANGATPUN TENTANG MANIFESTO TU, ITU HAL KECIL SAHAJA.
ADA MANIFESTO ATAU SEBALIKNYA , RAKYAT TETAP SELESA HIDUP DENGAN KEPERLUAN HIDUP HARIAN, SO TAK DE HAL PUNYA !!!
TAK PAYAH SEBOK SOAL MANIFESTO, RAKYAT DAH SELESA DENGAN SELERA YANG ADA JIKA DI BANDINGKAN WAKTU ZAMAN JEPUN DULU ! HI HI HI
KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG MURAH HATI, MUDAH MEMA'AFKAN KETIKA MAMPU MEMBALAS DENDAM.
HIDUUUP PAKATAN HARAPAN !!!
-Pak Karamu-
Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Mustahil kerajaan melaksanakan manifesto 10 janji dalam 100 hari berdasarkan apa yang telah dicapai setakat ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak banyak janji daripada asas perjanjian PH selesai menjelang tempoh 100 hari.
Menurutnya, beliau memahami kekangan yang dihadapi kerajaan terutama dalam menggubal perkara tertentu untuk melaksanakan manifesto tersebut.
"Contoh janji kerajaan mahu hapuskan hutang peneroka Felda dan tol.
"Saya pelik macam mana mereka boleh buat manifesto sebegitu sedangkan ia sememangnya sukar untuk dilaksanakan," katanya.
Beliau juga turut merasakan kerajaan memerlukan waktu yang lama untuk melaksanakan kesemua manifesto tersebut.
"Bagaimanapun caranya, janji itu perlu dilaksanakan. Saya lihat rakyat buat perubahan besar menumbangkan BN kerana PH sudah berjanji.
"Tetapi sehingga sekarang, sudah 83 hari, rakyat berhak marah dan perlu penilaian semula terhadap jani tersebut," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, setakat hari ke-83 pentadbiran Kerajaan PH, rakyat dan pembangkang masih menanti kemampuan 10 manifesto itu dilaksanakan menjelang hari ke-100.
"Pada hari 101 nanti kita akan persoalkan semula janji-janji ini.
"Namun setakat ini, kita tak nampak apa-apa yang ditunaikan lagi.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu juga menyatakan, setiap kali ditanya usaha kerajaan untuk melunaskan janji-janji itu mereka akan bangkit kononnya hutang negara masih banyak sebab itu manifesto masih belum dilaksankan lagi.
"Bila dah berjanji kenalah tunaikan, kalau buat manifesto mesti dalam rangka kemampuan sesuatu part itu, tapi tak dibuat begitu.
"Kalau tak boleh tunaikan, janji itu akan bertukar angan-angan sajalah. Janji manifesto bukan gula-gula kosong kepada rakyat supaya dipilih rakyat, jangan menipu," ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen PRK Dun Sungai Kandis, kononnya kerajaan PH gagal melaksana manifesto PRU14 lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.
Sebaliknya, Presiden PKR itu secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh PH menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.