Update Apa Rasional Turunkan Harga Gula Tetapi Cukaikan Minuman Ringan? >> Berita Malay 18


Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengumumkan harga gula akan turun bermula 1 September. Penurunan harga gula ini berikutan langkah kerajaan menurunkan harga siling sebanyak 10 sen sekilogram. 

Menteri ini juga menggunakan alasan yang dikaitkan dengan kos sara hidup. Kata beliau, kenaikan harga gula telah meningkatkan harga beberapa barangan. Penurunan ini berkuat kuasa pada 1 September, hari yang sama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan.

Keputusan ini diumumkan pada hari yang sama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai soda. Tun Dr Mahathir mengulangi alasan demi kesihatan rakyat Malaysia apabila mengumumkan akan mengenakan cukai minuman soda ini.

Agak mengejutkan, Menteri KPDNHEP berkata penurunan ini nanti boleh menyebabkan penurunan harga sesetengah barangan, kerana kesan berangkai. Soalnya, dari manakah Menteri berkenaan mendapat formula penurunan harga gula akan menghasilkan kesan berangkai menurunkan harga barangan makanan?

Kesimpulannya, cukai soda diberikan alasan kesihatan, yang sebenarnya yang lebih terpakai kepada gula yang merupakan bahan menjejaskan kesihatan yang utama dalam minuman soda.

Subscribe to receive free email updates: