Kumpulan protes tersebut berhimpun sambil melaungkan slogan 'Korea Selatan: Negara kamera pengintai' di tengah ibu negara, semalam.
SEOUL - KOREA SELATAN. Puluhan ribu wanita di Korea Selatan yang sebelum ini menyokong gerakan #MeToo yang menentang gangguan seksual menyertai perhimpunan mega di ibu negara, semalam sebagai membantah penggunaan kamera pengintai ke atas mereka dan menuntut hukuman lebih tegas dikenakan ke atas penyumbaleweng.
Tunjuk perasaan terbaharu itu diadakan selepas beberapa lelaki tidak bertanggungjawab ditangkap 'curi rakam' wanita di sekolah, pejabat, kereta api malah di tandas.
"Tandas wanita di negara ini dicemari kamera pengintai! Tolong ambil tindakan terhadap jenayah ini," laung kumpulan protes tersebut ketika mereka berhimpun di Plaza Gwanghwamun.
Menurut penganjur, kira-kira 70,000 menyertai perhimpunan tersebut tanpa menghiraukan gelombang panas yang melanda negara itu dengan suhu mencecah 37 darjah celsius.
Difahamkan, jumlah jenayah kamera pengintai yang dilaporkan kepada polis meningkat daripada 1,100 pada 2010 kepada 6,500 pada 2017 yang mana pesalahnya turut terdiri daripada golongan profesional termasuk profesor di kolej. - AFP