Update >> Berita Malay 18


Sudah bertahun Kerajaan Barisan Nasional bagi khidmat caj hospital RM1 untuk rawatan biasa dan RM5 untuk rawatan pakar. Semenjak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, timbul cadangan dari Timbalan Menteri Kesihatan untuk menghapuskan caj RM1 dan RM5 dan Rakyat kena guna insurans. 

Menurut Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye, baca di sini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini di peringkat akhir merangka pelan skim perlindungan insurans kesihatan untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta. Kata Dr Lee,

Sebagai contoh, kita akan memberikan perlindungan insurans sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 setahun untuk satu keluarga bagi perbelanjaan perubatan atau caj rawatan apabila ditempatkan dalam wad.
Skim pembayaran insurans itu akan ditetapkan pada kadar paling minimum bersesuaian dengan tahap kemampuan golongan B40.
Persoalannya, berapa peratus Rakyat Malaysia mampu memiliki insurans? Adakah premium insurans serendah RM5 untuk dibeli dan dinikmati faedahnya terutama dari golongam miskin? Kenapa sasarannya golongan B40? Adakah insurans juga akan melindungi warga emas dan berapa pula premium yang akan dikenakan?

Adakah ini satu langkah permulaan Kerajaan PH untuk.memansuhkan perkhidmatan perubatan percuma yang selama ini dinikmati oleh Rakyat Malaysia semasa mereka berada di bawah Kerajaan Barisan Nasional? Satu demi satu faedah Rakyat Marhaen ditarik oleh Kerajaan PH. Tahniah warga Tomato yang memangkah. Haa tepuk!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :