Update CALON PAS SERI SETIA MENGATASI CALON P.H >> Berita Malay 18

SILAP PAKATAN HARAPAN TIDAK CALONKAN CALON YANG BERKALIBAR DI SERI SETIA.
 
CALON PAKATAN HARAPAN IBARAT TUNGGUL KAYUPUN BOLEH MENANG ? 
 
KEWARASAN RAKYAT TIDAK MEMBOLEHKAN CALON PAKATAN HARAPAN UNTUK MENANG !
 
-Pak Karamu-

Pas tak 'kahwin' Umno, cuma berkawan: Dr Halimah

AddThis Sharing Buttons

Pas tak 'kahwin' Umno, cuma berkawan: Dr Halimah
Halimah ketika menjawab soalan wartawan dalam program Sinar Live, semalam
(Ubah saiz teks) 
 
BERPENGALAMAN sebagai bekas Adun dan Exco Kerajaan Selangor sebelum ini memberi kelebihan kepada calon Pas untuk PRK Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali. Mampukah beliau mencipta kejutan di kubu kuat PH seterusnya merampas kerusi milik PKR ini?
Ikuti wawancara wartawan SINAR HARIAN bersama Dr Halimah menerusi segmen Sinar Live.

Bagaimana Dr melihat momentum dan perjalanan kempen dalam tempoh lebih seminggu?

Setelah bertemu penduduk didapati masyarakat di Seri Setia agak peka dan ambil tahu apa yang berlaku. Mereka sedar apa yang berlaku selepas 100 hari kerajaan persekutuan bertukar dan tahu kerajaan negeri turut berubah daripada Pakatan Rakyat kini di bawah pentadbiran PH. Penduduk juga sedar mengenai janji 100 hari dan tahu apa yang terjadi dengan janji-janji itu. Apa pun saya lihat penerimaan agak baik daripada penduduk Seri Setia.

Apakah permasalahan utama dikenal pasti di Dun Seri Setia?

Ketika menjadi Adun di Selat Klang memang ada banyak isu dari segi masalah sosial, dan sosio ekonomi, apabila saya ke mari (Seri Setia) dan masuk  banyak kawasan, keadaannya lebih teruk. Banyak isu dibangkitkan terutama di perumahan kos rendah. Ada masalah lif rosak, ketiadaan bekalan air, kepadatan tempat letak kereta dan sebagainya. Kawasan Seri Setia agak besar, setiap masyarakat ada lain-lain keperluan.

Saya perlu dengar daripada mulut mereka sendiri jadi saya bertemu wakil pihak persatuan penduduk, NGO, orang masjid dan pimpinan tempatan. Daripada situ dapatlah dengar keluhan mereka walaupun belum habis ‘cover’ semua tempat lagi.

‘Perkahwinan’ Pas dan Umno kini menjadi buat mulut ramai. Bagaimana Dr melihat kerjasama ini?

Sebenarnya Pas bukan ‘kahwin’ dengan Umno sebaliknya berkawan. Dalam buku perlembagaan parti ada dinyatakan tidak salah sertai dan bekerjasama dengan pertubuhan atau persatuan yang tidak berlawanan dengan tujuan Pas.

Bukan dengan Umno saja mana-mana pihak yang tidak berlawanan dengan dasar Pas boleh anjur bekerjasama. Istilah kahwin dan sebagainya mungkin adalah sindiran daripada pihak lawan. Mungkin ada hikmahnya bila kami dikeluarkan daripada PR dan kenapa Umno jatuh. 

Kita mahu kukuhkan blok pembangkang kerana Umno bukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat di Putrajaya. Insya-ALLAH semua matlamat sama nak suara pembangkang kuat di sidang Dun.

Seri Setia adalah kubu kuat PH. Mampukah Pas menggugat?

Walaupun PKR di sini sudah masuk penggal ketiga tapi ia tak beri banyak kesan atau perbezaan. Kita terus desak apa yang diminta rakyat diberi perhatian. Kita harap MCA seperti Umno menggalakkan ahli mereka undi calon Pas.

Apa ‘X-Factor’ yang ada pada Dr?

Saya tak berani cakap ada ‘X-Factor’. Namun Pas letak saya sebagai calon di sini mungkin kerana pengalaman selaku exco. Saya bukan suka bercakap dan tabur janji, saya suka buat kerja. Saya fikir bukan saja hari ini tapi masa depan…bukan saja generasi sekarang tapi untuk masa akan datang juga. Kita mahu pembangunan insan menyeluruh dan holistik sebagaimana kita mahukan pembangunan infrastruktur fizikal dan sebagainya di Selangor. 

Perjuangan saya bukan hanya di dunia tetapi memikirkan kebajikan dan kejayaan hingga akhirat.

Manifesto Pas untuk Dun Seri Setia?

Jika menang saya akan kenal pasti, lihat keperluan dan permasalahan serta cari jalan penyelesaian. Kalau menang saya akan dengar suara rakyat, kumpulkan dan angkat suara mereka kepada pihak berkenaan. Kita akan buat supaya berkesan dan diambil tindakan.

Kemampuan untuk rampas kerusi Dun Seri Setia?

Mana-mana pilihan raya kita letak kebarangkalian 50-50 untuk menang. Saya lihat pimpinan Pas dan Umno memang nak menang untuk semak imbang di kerajaan negeri. Pengundi kena ingat ini adalah peluang untuk referendum rakyat. Mereka mesti bangkit untuk nyatakan kepada kerajaan supaya lihat dan dengar masalah mereka. Saya bukan wakil Pas dan blok pembangkang saja malah termasuk pengundi PH PRU14. Ini peluang untuk nyatakan kerajaan perlu hati-hati ambil peduli suara rakyat kerana suara rakyat, suara keramat. 

Kerajaan tidak akan berubah tapi kita perlu semak imbang yang kuat.

Subscribe to receive free email updates: