Banyaknya barang-barang yang akan dikenakan cukai jualan 5% dan 10%. Satay, roti canai, nasi, kebanyakkan jenis minuman, semua barang elektronik dan semua pakaian termasuk pakaian bayi termasuk di dalam kategori barangan yang dikenakan cukai SST.
Senarai terbaru 220 muka surat barang-barang yang dikenakan SST boleh didapati di sini. Ini belum masuk cukai perkhidmatan lagi. Beberapa persoalan untuk macai-macai Tomato Kerajaan PH berkenaan cukai SST:
1. Apa rasionalnya kasut sekolah dikenakan cukai SST 10% dan kasut menunggang (riding boots) dikecualikan cukai?
2. Apa rasionalnya nasi dikenakan SST 5% sedangkan pastri, pie dan pizza dikecualikan cukai. Kita semua tinggal di Malaysia atau Eropah?
3. Teringat tulisan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis dahulu berkenaan 'popcorn'. Sekarang, selepas SST pun 'popcorn' dikenakan SST 5%. Ustaz tidak mahu komen kah?
4. Menteri KPDNHEP telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa harga barangan akan naik selepas SST, mana macai-macai Tomato? Sila pertahankan Menteri anda.